Mca dan Dap sama shj PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 13 Oktober 2017 06:42

(Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana)

 

CUKUP-CUKUP lah MCA. Lihat diri sendiri dulu sebelum suruh orang baca semula Rukun Negara. ‘Meludah ke langit’ sendiri yang kena.

 

Macam lah MCA ikut Rukun Negara. – Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada raja dan negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan undang-undang; Kesopanan dan kesusilaan.

 

Menuduh setiap kenyataan orang Islam sebagai rasis. Sikit-sikit rasis. Apakah bila Pedang kata MCA adalah sebuah parti anti-Islam juga rasis? Apakah apabila Pedang kata MCA parti perkauman juga kenyataan rasis?

 

Apakah apabila Pedang guna perkataan ‘kafir’ dalam setiap kata-kata Pedang bagi merujuk kepada orang yang belum memeluk Islam, adalah kenyataan rasis?

 

MCA memang parti anti-Islam. Pedang bagi satu contoh parti itu bukan sahaja menentang, bahkan menghasut orang kafir, khususnya masyarakat Cina, untuk menolak pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU 355) bagi menambahbaik undang-undang Islam dalam sistem perundangan syariah dan Mahkamah Syariah.

 

Tidak ada kaitan pun hukuman atau undang-undang itu dengan MCA dan orang kafir. Pindaan itu, yang telah berkali-kali diterangkan, hanya membabitkan umat Islam, bukan orang kafir.

 

Tak kan dengan bahasa mudah pun masih tidak faham. Inilah yang Pedang kata, anak panda pun faham bahasa Melayu. MCA dan parti yang sama dengannya yang menentang RUU 355 ini lebih teruk daripada anak panda. Rasis kah bila Pedang kata macam tu?

 

Kenapa MCA bantah? Alasan tidak rasional mereka ialah ada agenda di sebalik pelaksanaan RUU 355, sama ada bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kesaksamaan sesama rakyat.

 

MCA juga mendakwa tujuan tersirat RUU 355 ialah bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan.

 

Senang jawab. Kalau undang-undang hudud dilaksanakan sekali pun, tak ada kaitan dengan orang kafir, untuk umat Islam sahaja. Telah dinyatakan pindaan itu tak membabitkan orang kafir. Lagipun, MCA main teka-teka sahaja agenda tersirat itu.

 

Cuma bagi Pedang, biarlah ketetapan undang-undang diperkemaskan terlebih dahulu supaya memberi kemudahan kepada umat Islam, supaya hukum hudud itu dilihat indah. Kena pastikan hukuman hudud itu membabitkan semua umat Islam tanpa mengira darjat.

 

Tidak boleh lah hukuman hudud hanya dikenakan kepada rakyat biasa sahaja, tetapi orang atasan dibebaskan berbuat kezaliman, menerima rasuah atau mencuri.

 

Putera Turki bin Saud bin Turki bin Saud al-Kabeer, sepupu jauh Raja Arab Saudi, Raja Salman pun dihukum pancung kerana melakukan kesalahan jenayah.

 

Tidak bolehlah dihukum hudud penzina tapi dalam masa sama undang-undang perkahwinan diperketatkan, undang-undang kahwin dua, tiga, empat diperketatkan. Tidak boleh dihukum umat Islam yang minum arak, tetapi pada masa sama digalakkan pesta arak.

 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

 

“Wahai manusia! Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Apa yang MCA lakukan hanya untuk menakut-nakutkan penganut agama lain. Dari segi politik – supaya MCA dilihat lebih hero daripada parti rasis dan cauvinis DAP. Untuk dapat undi.

 

Pedang awal-awal dah ajak umat Islam jangan undi pemimpin kafir. Gerakan Pengundi Sedar (GPS), badan bebas ditubuhkan Biro Gerakan Massa Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), juga sudah melancarkan penunjuk arah kepada rakyat supaya memilih pemimpin muslim berwibawa dan berkaliber pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

 

Nanti ada pula yang kata ajakan Pedang dan gesaan GPS ini satu tindakan rasis. Umat Islam di Malaysia sebenarnya sudah sedar untung rugi memilik orang kafir menjadi pemimpin mereka. Maka benarlah firmah Allah SWT mengenai perkara itu.

 

Kalau Ti Lian Ker atau Gan Ping Sieu nak kata Pedang rasis, terpulang. Apa yang Pedang kata ialah membalas balik apa yang mereka kata. Pedang tak akan duduk diam bila MCA atau parti seangkatan dengannya terus menghentam Islam dan Melayu.

 

Pedang tetap lawan. Tapi Pedang melangkah ke medan perang dengan berhati-hati. Pedang pun susun strategi, bukan main hentam. Terima kasih kepada pembaca yang nasihat Pedang supaya hati-hati. Kata pembaca Pedang “….cuma nak pesan pda pedang, ustaz zamihan dah kena tahan pedang pun kena jaga2 lah”.

 

Insya-Allah! Pedang tetap menjaga adab dengan sultan dan raja. Pedang pun sentiasa membela raja-raja Melayu. Betul atau tidak kata Hang Jebat dulu “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”.

 

Kata Pedang: Pedang yakin tidak ada raja zalim dah sekarang ini. Setiap raja dan sultan di Malaysia ini ada penasihat, termasuk mengenai agama. Sanggahan terhadap raja tidak boleh dilakukan secara terbuka sehingga menjatuhkan martabat mereka. Ada salurannya

 

Ismaweb.net.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday104
mod_vvisit_counterYesterday1088
mod_vvisit_counterThis week5951
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month22583
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2176654

Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 54.156.82.247
,
Now is: 2017-11-24 02:21

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.