Pan Pan Melaka Tak Usah Nak Menyebok PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 06 Oktober 2017 19:17

Yang sibuk pertikai Pas Melaka hendak bertanding berapa kerusi tu,lebih baik lah jaga parti sendiri,takut nanti ini kali pertama dan terakhir bertanding didalam pilihanraya..!!

 

Tak perlu buat tafsiran terhadap Pas

Kamarudin Sidek

AMRAN ALI

6 OKTOBER 2017

 

BANDARAYA MELAKA - "Kami cuma umumkan bertanding lebih 13 kerusi Dun, tanpa tentukan bilangan secara tepat... tak perlu buat tafsiran negatif dan mengelirukan," kata Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek.

 

Beliau menjawab tuduhan oleh pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) negeri yang mendakwa kononnya kenyataan tersebut membuktikan parti berkenaan tidak serius menukar kerajaan dan memerintah negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

 

"Ini bahasa orang politik, maknanya Pas Melaka sudah siap siaga dengan satu angka yang besar uuntuk PRU14 sekali pun terpaksa berhadapan dengan tiga penjuru.

 

"Pas ada strategiknya sendiri yang tak perlu saya maklumkan di sini. Pas Melaka menerima realiti bahawa Pas tiada kerjasama dengan mana-mana parti politik, justeru Pas tak perlu berbincang dengan sesiapa dalam menentukan kerusi," katanya.

 

Keratan akhbar Sinar Harian 28 September lalu mengenai Timbalan Pengerusi Amanah negeri, Mohd Sofi Wahab menyifatkan adalah mustahil Pas boleh memerintah Melaka jika hanya bertanding lebih sedikit daripada kerusi yang ditandinginya pada PRU13 lalu.

Tambah beliau, Pas konsisten dengan polisi tradisi berlawan dengan Umno dan BN.

 

"Jadi mana-mana parti lain yang cuba masuk sehingga berlaku pertandingan tiga penjuru, bermakna parti tersebut telah memberi bonus kepada Umno.

 

"Kesungguhan Pas dalam menumbangkan BN tak perlu dipertikaikan. Kita sudah siapkan manifesto peringkat negeri selain manifesto peringkat pusat. Dari sudut menangani isu ekonomi, Pas sudah ada Dokumen Hijau (tangani GST, kejatuhan mata wang dan kos sara hidup).

 

"Pas ada Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) untuk tangani isu urus tadbir negara. Semuanya kita tawarkan kepada rakyat penyelesaian secara Islamik sedangkan parti lain masih lagi tercari-cari formula mereka dan tercari-cari calon Perdana Menteri," katanya.

 

Laporan Sinar Harian penghujung September lalu, Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Mohd Sofi Wahab menyifatkan adalah mustahil Pas boleh memerintah Melaka jika hanya bertanding lebih sedikit daripada kerusi yang ditandinginya pada PRU13 lalu.

 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday105
mod_vvisit_counterYesterday1088
mod_vvisit_counterThis week5952
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month22584
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2176655

Online (20 minutes ago): 13
Your IP: 54.156.82.247
,
Now is: 2017-11-24 02:21

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.