PAS PILIHAN YANG TEPAT PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 06 Oktober 2017 10:22

 

Siapa yang selama ni gatal mulutnya mengatakan PAS berkerjasama dengan Umno?

 

Juara terbaru lompat parti Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagaimana dilapor dalam MalyMail Online membuktikan tiada kerjasama politik PAS-Umno bila beliau menyarankan agar Umno memenangi semua kerusi majoriti Melayu termasuk kerusi PAS demi menguasai kembali negeri Selangor.

 

Mat Taib ini sudah lama meninggalkan kerusi MB sehingga beliau lupa di Selangor angkara Umnolah maka pada PRU 2008 rakyat memilih mengundi PAS dan sekutu-sekutunya untuk menggantikan Umno BN sebagai kerajaan

 

Kerajaan terakhir Umno pimpinan Khir Toyo dulu mewarisi kerajaan Mat Taib. Masing-masing berlumba menkayakan diri, keluarga dan kroni. Kerajaan tempang dan pincang Umno terlalu korup dan rakus sehingga membangkitkan kebencian rakyat.

 

Lupakah Mat Taib siapa yang ditahan di Auatralia dengan wang tunai berpuluh kilogram dulu? Rakyat Selangor tak lupa.

 

Mat Taib lupa rakyat termasuklah orang Melayu khasnya di Selangor terlalu bencikan beliau dan partinya.

 

Beliau dipetik berkata:

 

“If the Malays can understand that a vote for Umno means a vote to ensure Malay political power, then we don't need the help of others,”

 

Kuasa politik Melayu Islam di Selangor dulu rakyat serahkan bulat-bulat kepada Umno tetapi mereka telah mencabul dan menderhakainya.

 

Mat Taib barangkali atas faktor usia tidak sedar bahawa orang Melayu sudah hilang keyakinan dan bosan pada Umno tambah mereka memilih mengekalkan tokoh tercemar seperti beliau dan Khir Toyo.

 

Orang Melayu Selangor kena bersatu dan kembali memberi kuasa kepada badan politik yang ikhlas, boleh dipercayai, bersih dan paling penting bertaqwa demi mengekalkan kesejahteraan negeri bertuah ini.

 

Pilihannya sudah pasti bukan Umno mahupun pakatan atau kumpulan lain yang turut bertenggek pada saki baki Umno umpama Mat Taib.

 

Demi menyelamatkan akidah, ummah dan negeri PAS lah satu-satunya pilihan yang tinggal.

 

Rakyat Selangor tidak akan tertipu lagi. PAS yang istiqamah berjuang mempertahankan negeri, agama dan bangsa inilah pilihan paling tepat buat semua khususnya majoriti rakyat Melayu Selangor.

 

Ayuh kita pastikan PAS sebagai teraju pemacu kesejahteraan di Selangor PRU 14 nanti.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 Oktober 2017 10:24 )
 

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday107
mod_vvisit_counterYesterday1088
mod_vvisit_counterThis week5954
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month22586
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2176657

Online (20 minutes ago): 14
Your IP: 54.156.82.247
,
Now is: 2017-11-24 02:24

Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.