Pilihan Raya Kecil: Limpahan Projek Maggi Untukkan Rakyat PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 15 Jun 2016 08:36

KUALA KANGSAR: Rasuah politik menerusi pemberian material, janji manis peruntukan dan projek 'mi segera' terus menjadi rutin kempen BN sebagai umpan menarik undi setiap kali pilihan raya.

Begitu juga penggunaan jentera kerajaan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi yang dikerah bagi meraih sokongan kepada BN.

Perkara sama juga sedang giat berlaku di PRK P.067 Kuala Kangsar menyaksikan BN terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan kerusi tradisinya.

Terbaru, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri terpaksa turun mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada penoreh getah.

Pemberian secara 'one off' itu melibatkan peruntukan sebanyak RM194 juta yang akan dibayar menerusi RISDA kepada para penoreh di Kuala Kangsar.

Najib juga meluluskan serta merta RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong yang akan menghubungkan Kampung Seberang Manong dan Pekan Manong.

Pembinaan jambatan itu telah menjadi janji BN sejak beberapa PRU lalu, namun hingga kini tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada ketika ini lebih 2,000 penduduk di situ terpaksa menempuh perjalanan kira-kira 50 kilometer atau menyeberang dengan bot sebagai alternatif.

Turut diumumkan kerajaan ialah peruntukan RM2 juta kepada Hospital Kuala Kangsar untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan.

Tinjauan di seluruh parlimen ini mendapati banyak jalan utama dan jalan kampung yang telah diturap tar sejak diisytiharkan kekosongan kerusi Kuala Kangsar awal Mei lalu.

Malah, pada ketika ini masih didapati banyak jentera berat pembuat jalan masih melakukan kerja-kerja penurapan.

Selain itu juga, beberapa infrastruktur awam, termasuk kediaman, kedai-kedai dan masjid sedang dibaiki atau diselenggara kontraktor berkaitan.

Malah, kelihatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-menteri turun mengadakan pelbagai program dan penyerahan intensif kepada penduduk.

Para pengundi diseru bersikap bijak dengan mengambil peluang dari pelbagai lambakan pemberian tersebut dan mengajukan permintaan, tetapi mengundi calon PAS yang akan membawa suara mereka secara konsisten ke Parlimen.

 
Langkah DAP Langkah Dajjal PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 15 Jun 2016 08:31

Perdaya Umat Islam Dengan Janji Kesesatan

Hubungan DAP dengan anasir Dajjal bukanlah tuduhan melulu tetapi banyak bukti yang menunjukkan perkara tersebut. Adalah amat penting bagi umat Islam untuk menyedari hal ini sebelum terlambat. Amat mengejutkan ramai umat Islam termakan janji-janji palsu yang ditaburkan oleh DAP melalui rangkaian media dan propaganda yang dilakukan secara tersusun. Mereka percaya dengan janji DAP yang dapat memberikan kemakmuran dan keadilan dengan syarat menolak syariat Islam.



Padahal janji Allah kemakmuran dan keadilan hanyalah dapat dicapai dengan mengamalkan syariat Islam sepenuhnya seperti yang dibawa oleh Rasul yang mulia Nabi Muhammad saw.

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
(Asy-Syuura 42:17)
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.
(Al-Hadid: 25)
Baca Lagi...
 
Budaya politik matang dan sejahtera, Itu Pendekatan PAS Kini Setelah Golongan PAN Keluar PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 15 Jun 2016 08:29



KOTA BHARU - Benarkah Pas kini berbeza? Apabila pemimpin Pas tampil berpakaian baju Melayu, lengkap bersamping, bertanjak dan berkeris semasa muktamar tahunan di Kota Baharu baru-baru ini, banyak kalangan tertanya-tanya mengenai perubahan parti Islam itu.

"Pas dah buang tabiat...," lantas komen dalam satu blog yang melihatnya sebagai suatu yang luar biasa dalam sejarah muktamar Pas, yang lazimnya pemimpin parti tampil dengan imej berkopiah, berjubah dan berserban.

Ketika ditanya pada sidang akhbar, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa ia adalah pendekatan dan idea baharu daripada Dewan Pemuda Pas dan tidak mustahil mereka akan mengenakan pakaian kaum-kaum lain pada tahun depan.

Juga menarik perhatian ialah apabila Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan sebilah keris gergasi untuk memotong pulut kuning. Keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh sekumpulan 'hulubalang' sehingga ke atas pentas sebelum diserahkan kepada Abdul Hadi.

Baca Lagi...
 
PKR Dah Lupa Agaknya Apa Mahathir Buat Dekat Anwar PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 09:11

KUALA LUMPUR: Pembangkang bersorak keriangan setelah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibenci mereka sejak tertubuhnya gerakan reformasi 1998 kini berkempen sepentas bersama mereka menentang Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah mereka lupa penubuhan perjuangan selepas Anwar dipecat dari UMNO dan kemudian menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dihumban ke penjara dek kerana rancangan Dr Mahathir sendiri.

Pertuduhan dihadapi Anwar diatas kesalahan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar menyaksikan satu-satunya kes jenayah seksual di Malaysia dimana katil kononya 'tempat berlakunya kejadian' itu diusung masuk ke mahkamah dan dipamerkan di hadapan hakim.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga dipukul sehingga lebam matanya semuanya kerana cubaan beliau untuk menggulingkan Dr Mahathir dari jawatan Perdana Menteri.

Baca Lagi...
 
Dah Habis Meroyan Akhirnya Husam Sedar Dirinya Hanya Untuk PAN PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 09:03

Datuk Husam Musa yang dipecat PAS April lalu, menyertai kempen Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Kangsar dan membayangkan akan menyertai parti Islam baru itu.

"Saya belum isytihar masuk parti ini, tetapi ada hati menyertainya," Husam dilaporkan berkata dalam ceramah AMANAH, serpihan PAS, Kuala Kangsar, oleh BH Online.

Bekas naib presiden PAS itu dipecat setelah mendapati Husam melanggar beberapa fasal dalam perlembagaan parti itu.

Husam, bekas exco negeri, sebelum ini lantang mengkritik kepimpinan kanan PAS dan urus tadbir kerajaan Kelantan.

Sementara itu,?BH Online juga melaporkan Husam sebagai berkata, beliau yakin calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli akan membuat kejutan di kerusi itu.

"Saya menyertai kempen parti ini di beberapa kawasan seperti Kampung Rambai 7, sambutan amat menggalakkan dan Insya-Allah beliau akan memenangi kerusi itu pada 18 Jun ini," katanya.

Tarikh pengundian kerusi itu jatuh pada Sabtu depan, sama dengan parlimen Sungai Besar.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya akibat nahas helikopter di Sarawak sebelum ini.

 
DAP nak ajar umat Islam cara berugama yang betul PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 09:01

Assalamualaikum,,

Setelah membaca apa yang Prof Redzuan Tee Abdullah tulis pasal DAP atau ultra kaisu yang semakin biadap nak mengajar orang Islam cara berugama sehingga turut mencetuskan kesedaran dalam diri Prof Redzuan Tee Abdullah untuk menulis mengenainya dan juga respon dari parti parti politik Cina yang lain seperti MCA yang seakan akan setuju dengan ultra kaisu.

Saya sudah lama perasan perangai DAP yang mahu jadi boss kepada semua rakyat di bawah prinsip perjuangannya Malaysia Malaysian yang kali pertama saya dengar dari mulut mendiang P.Patto ketika berdebat di DTC, UM sewaktu masih bergelar mahasiswa.Peluang diperolehi oleh DAP dengan terbentuknya pakatan pembangkang atau PR yang diilhamkan oleh TGHH dengan seruan mari kita berpakat berdasarkan persamaan yang ada sambil perbezaan kita ketepikan dulu.Setelah merasakan diri mereka semakin kuat, DAP sedkit demi sedikit menunjukkan belangnya dan dalam masa yang sama berjaya mempengaruhi sejumlah pemimpin Islam dalam PAS untuk turut menyokong mereka.Sokongan yang tak berbelah bagi sehingga tertubuhnya sebuah parti serpihan dari PAS yang dikenali sebagai parti amanan negara.Walaupun tahap amanah sebenar di kalangan pemimpin mereka boleh dinilai dengan tindakan mereka tetapi sokongan kepada DAP sudah dinyatakan dengan jelas, mewakili parti Islam yang menyokong usaha DAP menerusi prinsip Malaysia Malaysian untuk menentukan bagaimana orang Islam mesti berugama.

Kita mendengar sebelum ini upacara makan setalam antara gadis dengan pemuda kafirun yang ajnabi dan upacara ini disebut oleh penganjurnya, DAP adalah sunnah yang sebenar yang mesti diamalkan oleh orang Islam.PAN sebagai penyokong mereka hanya berdiam diri melihat sahaja malah mungkin juga mengiyakan promosi DAP kepada umat Islam ini.

Baca Lagi...
 
Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 - Ini Cerita Sebenar PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 08:55

Mohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 2008 lagi dan usaha itu bertambah ??kuat?? selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali.

Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan UMNO.

Baca Lagi...
 
Kalau biar BN menang PRK maknanya Rakyat Setuju dengan Tindakan BN PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 08:51

?

SUNGAI LIMAU - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar perlu ditolak demi kepentingan rakyat di seluruh negara.

Pengarah PRK Pas Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sekiranya pengundi memberi kemenangan besar kepada BN, maka parti berkenaan akan menganggap seolah-olah rakyat telah memaafkan segala kesalahan mereka sebelum ini.

"PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami bimbang BN akan menganggap isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad(1MDB), RM2.6 bilion dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dapat diterima rakyat," katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau, hari ini.

Oleh sebab demikian, Iskandar berkata, pelaksanaan GST yang membebankan rakyat bukan sahaja akan diteruskan namun kadarnya juga boleh dinaikkan selepas ini.

Beliau berkata, dengan kadar 6 peratus GST pada masa kini, BN akan menganggap rakyat memberi sokongan padu dan menerima pelaksanaan cukai berkenaan.

"Di negara-negara lain seperti Indonesia dan Vietnam, pelaksanaan GST disana telah mencapai 10 peratus manakala Filipina pula sebanyak 12 peratus.

"Petani-petani akan terbeban tambahan pula racun juga turut kena bayar GST," katanya.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga merupakan Naib Presiden Pas memaklumkan bahawa sekiranya pengundi tidak memberi isyarat keras kepada BN, ia akan memberi malapetaka bukan sahaja untuk penduduk Sungai Besar dan Kuala Kangsar malah turut melibatkan rakyat di seluruh negara.

Tambah beliau, ramai pemimpin-pemimpin Pas telah merengkok dalam tahanan malah turut terkorban dalam usaha bagi mempertahankan kebenaran.

"Kami (Pas) tegaskan sekali bahawa kemenangan BN adalah malapetaka bagi rakyat dan jangan korbankan masa depan kita,"katanya

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 14 Jun 2016 08:52 )
 
Untuk Khalid Samad, in case dia lupa! PDF Cetak E-mail
  
Selasa, 14 Jun 2016 08:49

Assalamualaikum,,,,
Khalid Samad nak tunjuk hebat, lebih hebat dan lebih berilmu dari TGHH sehingga dia sanggup berkata TGHH bukan wakil Tuhan, TGHH hanya nak mengelirukan pengundi.Untuk ingatan Khlaid Samad saya ingin mengulangi pengajian asas penciptaan manusia yang sepatutnya sudah diketahui oleh Khlaid merujuk kepada tulisan tulisan hebatnya semasa dia berada dalam PAS.Saya ingin sebut semula secara rengkasnya di sini untuk Khalid kembali kepada pengajaran penciptaan manusia kepada asasnya in case Khalid terlupa.

Pertama saya ingin sebut tugas kepada terciptanya manusia ialah untuk tunduk beribadat kepada ALLAH.Perkara ini sudah cukup jelas dnyatakan dalam QUran dan keduanya tugas tugas manusia diberikan oleh ALLAH ialah untuk memakmurkan dunia mengikut apa yang ALLAH perintahkan dan tugas ini jelas dari ayat ALLAH menyatakan manusia dicipta untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH. Tugas tugas khalifah termasuk memastikan semua perintah ALLAH dan Rasulnya terlaksana atau dengan kata lain manusia ditugaskan untuk menjadi wakil Tuhan di atas muka bumi ini.

Baca Lagi...
 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>


Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang

Kami ada 59 tetamu online

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday111
mod_vvisit_counterYesterday1088
mod_vvisit_counterThis week5958
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month22590
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2176661

Online (20 minutes ago): 17
Your IP: 54.156.82.247
,
Now is: 2017-11-24 02:26

Demi Masa



Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Info Ringkas

BANGKIT ISLAM
Ahad, 13 September 2009
LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KHALID MARSHAL
Ahad, 13 September 2009

 

Foto
Suka


UNDILAH PAS
Isnin, 14 September 2009

Selamat mengundi PAS! Pesanan daripada team Markaz FB!


HIMPUNAN RAKYAT
Selasa, 17 Mei 2011

Sharoni Selamat's photo.

LANTAKLAH NAIK BANYAK MANA PUN !!

 


ubah
Selasa, 17 Mei 2011

Foto


PEMIMPIN YANG DISANJUNGI
Selasa, 17 Mei 2011

 


kami ahli pas
Selasa, 17 Mei 2011
Ingat Pesan Ini..ini kalilah

apa kata pemimpin
Rabu, 18 Mei 2011


bangga jadi pemuda pas
Ahad, 03 Julai 2011


Aku BANGGA jadi PEMUDA PAS

DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI PAS CAWANGAN CHABAU


video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.