PAS PILIHAN YANG TEPAT PDF Cetak E-mail
  
Jumaat, 06 Oktober 2017 10:22

 

Siapa yang selama ni gatal mulutnya mengatakan PAS berkerjasama dengan Umno?

 

Juara terbaru lompat parti Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagaimana dilapor dalam MalyMail Online membuktikan tiada kerjasama politik PAS-Umno bila beliau menyarankan agar Umno memenangi semua kerusi majoriti Melayu termasuk kerusi PAS demi menguasai kembali negeri Selangor.

 

Mat Taib ini sudah lama meninggalkan kerusi MB sehingga beliau lupa di Selangor angkara Umnolah maka pada PRU 2008 rakyat memilih mengundi PAS dan sekutu-sekutunya untuk menggantikan Umno BN sebagai kerajaan

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 Oktober 2017 10:24 )
Baca Lagi...
 
PAS DIJANGKA BERTANDING DI DUN RIM PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 22:50

Pas dah mulakan gendang perang dan jentera Pas sudah bersiap sedia melaksanakan tugas. Istihar sahaja pembubaran parlimen, maka jentera Pas atas arahan pimpinan akan maju kedepan tanpa mengira siapa lawannya.

 

Pas Dun Rim  tidak terkecuali daripada meletakkan calon pada kali ini setelah beberapa kali PRU ditandingi oleh bekas rakan dalam Pakatan iaitu PKR. Pada kali ini jentera Pas Dun Rim  dan parlimen Jasin amnya tidak akan memberikan apa-apa sokongan baik dari segi logistik, markas mahupun jentera kepada pihak. PKR. mereka usahalah sendiri dan Pas sendiri sudah serik dengan kerjasama yang tidak menguntungkan apa-apa malah meruhikan Pas.

 

Menurut Pengerusi DUN Rim Tuan Hj Adnan bin Abu,jenteta Pas telah dipersiapkan baik di peringkat UPU, lokaliti mahupun di peringkat DUN sendiri.  Biarpun terpaksa berhadapan 3 penjuru namun Pas tertap bersedia bertempur kerana kalah adalah perkara biasa dan kemenangan adalah satu amanah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 
WINS.. PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 22:33

Falsafah Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

 

Sebagai sebuah Parti Islam, ini matlamat dan hala tuju kami. Hala tuju kami jelas dan rakyat semua boleh menilai sendiri bagaimana PAS sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat. Walau PAS difitnah, dikhianati dan bermacam-macam lagi kerja jahat pihak musuh, sampai sekarang PAS tetap konsisten.

 

Kerana apa? Kerana kami yakin, hanya dengan kaedah yang Islam telah tetapkan sahaja dapat menyelesaikan masalah rakyat. Dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit sudah menampakkan hasil.

 

Istiqamah dengan prinsip insyallah akan membuahkan hasil yang baik dan paling penting diredhai Allah.

 

Jom bersama kami!

 

#PASPilihanku

#SejahteraBersamaIslam

 
Tak Mustahil LGBT jadi wakil rakyat PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 22:19

Insyaallah,dikalangan ahli parlimen Pas tak ada,yang disebelah sana tu yang hendak pesta tu pesta ni,kemungkinan ada..!!

 

October 4, 2017

Tak Mustahil Ahli Parlimen Akan Datang Di Kalangan LGBT Jika Tak Dibanteras Sekarang

 

SEMAKIN membimbangkan. Penularan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini dilihat tidak lagi bergerak secara senyap-senyap, namun semakin lantang bersuara serta menonjol secara terbuka.

 

Terbaru, viral di laman sosial terdapat sekeping gambar yang didakwa sekumpulan golongan LGBT mengambil peluang menggunakan perhimpunan toksik politik sebagai mempromosikan gaya hidup songsang tersebut dan menuntut ‘hak’ mereka. Baru-baru ini pula heboh mengenai pesta tarian gay.

 

Penularan ini bukan sahaja jelas bertentangan dengan akidah sebagai umat Islam, malah jika tidak ditangani segera mampu memberi kesan buruk terhadap masa depan negara dan kecelaruan jantina serta budaya.

Baca Lagi...
 
UMNO TERDESAK PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 11:21

Laungan hidup Umno bergema di sekolah rendah di Putrajaya. Tengku Adnan tanpa segan silu secara terbuka mempelawa guru-guru supaya menyertai Umno.

Seorang teman memaklumkan, sekarang ini 70% guru-guru di sekolahnya bukan penyokong Umno. Dengan Ku Nan ajak para guru menyertai Umno secara terbuka, peratusan yang tak menyokong Umno akan naik lagi ke 80%!

-Dr Azman Ibrahim

 
PAS PARTI PELIK.... PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 11:19

-oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’ kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik. Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".

 
AYAT-AYAT ORANG SAKIT INI AKAN SELALU DIMAINKAN PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 11:15

“Wahai muslimin dan muslimat. Masukkan tangan anda ke dalam poket..masukkan tangan anda ke dalam beg (tas)… tariklah sebanyak mungkin kertas yang ada..jangan tengok, jangan kira..masukkan kesemua dalam bekas yang akan dibawa oleh petugas kami kepada anda nanti" - PASTOKING 2.0

Itulah dialog yang cuba digunakan oleh tentera cyber UMNO bagi memperlekeh kejayaan Fastaqim 2.0. Walhal dialog itu bukanlah asing kepaga ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS. Setiap kali ahli dan penyokong PAS bertemu walau pun dua atau tiga orang atau ratusan ribu orang, dialog itulah yang diguna untuk mendapatkan infaq dari ahli-ahli mahu pun penyokong-penyokong. Dengan infaq sebeginilah PAS dapat mengharungi semua cabaran dari mula ia ditubuhkan hinggalah ke hari ini.

Apa pun, kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Oleh itu, bersdialah ahli-ahli PAS untuk kita bekerja bukan lagi sebagai pembangkang atau menumpang dengan kerajaan orang tetapi kita sendiri yang menjadi ketua kerajaan atau penentu kepada sesuatu kerajaan yang bakal dibentuk. Ini adalah kerana UMNO sendiri yang punya segalanya telah pun mengangkat bendera putih sebagaimana dialog di atas pun boleh jadi bahan permainan mereka. Cuma kita jangan pula leka dengan apa yang kita ada sekarang kerana musuh tak pernah berhenti untuk menggagalkan usaha-usaha kita.

 
POLITIK GILA BABI DARIPADA PEMIMPIN MUDA PAKATAN HARAPAN PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 10:00

Dalam politik, barisan pemimpin pelapis adalah sesuatu yang cukup ditik beratkan oleh setiap parti politik. Melalui merekalah rakyat dapat menggambarkan hala tuju sesebuah parti setelah pemimpin yang ada pada hari ini bersara kelak. Namun begitu, bukan semua pemimpin pelapis mampu menunjukkan contoh yang baik.

Di dalam Pakatan Harapan, nama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ketua Armda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN) Suhaizan Kayat tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka adalah pemimpin pelapis buat PKR, PPBM dan PAN yang secara tidak langsung berkongsi banyak persamaan tanpa kita sedar.

Secara amnya, ketiga-tiga orang ini masih muda dan Syed Saddiq adalah yang paling muda diantara ketiga-tiga mereka. Justeru, tidak hairanlah apabila ketiga-tiga mereka berkongsi kegemaran yang sama iaitu mencipta fitnah yang langsung tidak berasas.

Baca Lagi...
 
MAHATHIR KATA PAS TAK ADA SUMBANGAN ! RABUN KE APA MAHATHIR NI.. PDF Cetak E-mail
  
Rabu, 04 Oktober 2017 09:54

| Parti Islam tiada sumbangan.

1. Kerajaan PAS tutup akaun di bank konvensional dan buka di bank islam. Kemudian BN tiru.

2. Kerajaan PAS buat dasar rumah minimum 3 bilik seiring kehendak Syarak. Kemudian BN tiru.

3. Kerajaan PAS buat dasar cuti 2 hari seminggu. Kemudian BN tiru.

4. Kerajaan PAS beri cuti bersalin bergaji 60 hari. Kemudian BN tiru.

5. Kerajaan PAS beri juga suami yang isterinya bersalin cuti bergaji 2 minggu. Kemudian BN tiru.

6. Kerajaan PAS buat skim kifaalah untuk rakyat. Kemudian BN tiru.

7. Kerajaan PAS larang beri cenderamata kepada MB, exco pada setiap majlis kerajaan. 
Kemudian ada negeri BN tiru.

8. Kerajaan PAS laksana waktu pulang kerja awal di bulan Ramadan. Kemudian BN tiru.

9. Kerajaan PAS menamatkan majlis rasmi sebelum waktu solat atau memulakannya selepas waktu solat. Kemudian ada negeri BN tiru.

10. Kerajaan PAS tetapkan setiap bakal pengantin perlu buat saringan AIDS demi maslahah pasangan. Kemudian BN tiru.

11. Kerajaan PAS asingkan pendapatan halal dan haram dalam akaun berbeza. Tak pasti BN tiru ke tak.

12. Kerajaan PAS memperkenalkan sistem gadaian Islam (Ar-Rahnu). Kemudian BN tiru.

13. Kerajaan PAS memberikan pinjaman perumahan kepada kakitangannya tanpa riba. Sampai sekarang BN tak tiru.

14. Kerajaan PAS ketika menganggotai BN mengusulkan penubuhan Amanah Ikhtiar dan sehingga hari ini ia telah membantu puluhan ribu usahawan kecil memula dan membesarkan perniagaan mereka.

15. Kerajaan PAS ketika menganggotai BN menggesa pakaian pasukan beruniform perlulah menutup aurat dan apa yang kita lihat hari ini itulah hasilnya.

16. Kerajaan PAS ketika menganggotai BN menggesa lambang hospital ditukar kepada bulan sabit bukan lagi "salib" dan apa yang kita lihat hari ini itu hasilnya. Bahkan ini terpakai di dunia Islam.

17. Kerajaan PAS berdakwah memerangi kejahilan umat dan pemimpin Islam yang menghina agama sendiri, perundangannya bahkan sunnah Nabi s.a.w sehingga hari ini pemimpin yang jahil tidak lagi berani lancang sebagaimana 30, 40 tahun dahulu.

Cukuplah dahulu (sekadar menyebut sebahagian kecil sahaja). Jenuh taip pakai telefon bimbit ni.

Bagi Dr Mahathir, kita hanya dikira menyumbang sekiranya kita bersedia menerima kepimpinan dan kehendak hatinya.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>


Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang

Kami ada 30 tetamu online

Pengunjung Sejak 2009

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday102
mod_vvisit_counterYesterday1088
mod_vvisit_counterThis week5949
mod_vvisit_counterLast week7597
mod_vvisit_counterThis month22581
mod_vvisit_counterLast month31524
mod_vvisit_counterAll2176652

Online (20 minutes ago): 12
Your IP: 54.156.82.247
,
Now is: 2017-11-24 02:18

Demi Masa



Info PAS Chabau

IKLAN PAS CAWANGAN CHABAU
Korban Kelompok Pas Chabau 2016
GAMBAR HAIWAN KORBAN | RUKUN SEMBELIHAN
Mereka yang ingin menunaikan ibadat korban untuk tahun ini boleh menghubungi Tuan Hj Nordin di Talian 0126270843
korban kelompok tahun ini RM600 satu bahagian.

MADU LEBAH TUALANG ASLI

madu lebah asli

Dapatkan madu lebah tualang asli pada harga yang sangat istimewa. Hubungi 0104373706 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Info Ringkas

BANGKIT ISLAM
Ahad, 13 September 2009
LIKE @[112140085517515:274:Dewan Ulamak PAS Pusat]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


KHALID MARSHAL
Ahad, 13 September 2009

 

Foto
Suka


UNDILAH PAS
Isnin, 14 September 2009

Selamat mengundi PAS! Pesanan daripada team Markaz FB!


HIMPUNAN RAKYAT
Selasa, 17 Mei 2011

Sharoni Selamat's photo.

LANTAKLAH NAIK BANYAK MANA PUN !!

 


ubah
Selasa, 17 Mei 2011

Foto


PEMIMPIN YANG DISANJUNGI
Selasa, 17 Mei 2011

 


kami ahli pas
Selasa, 17 Mei 2011
Ingat Pesan Ini..ini kalilah

apa kata pemimpin
Rabu, 18 Mei 2011


bangga jadi pemuda pas
Ahad, 03 Julai 2011


Aku BANGGA jadi PEMUDA PAS

DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI PAS CAWANGAN CHABAU


video hari ini



Get the Flash Player to see this player.

PAS CHABAU MAJU !

Maklumat PAS Cawangan Chabau

1. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti Assyakirin Chabau) ingin membina bangunan tambahan untuk murid-murid 4 tahun untuk sesi 2015. Oleh yang demikian anda yang ingin menyumbang boleh memberi sumbangan melalui guru pasti,setiausaha atau pengerusi Pasti Tuan Haji Shamsudin. Semoga sumbangan anda diberkati Allah.

2. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI Assyakirin Chabau) kini membuka pendaftaran sesi pembelajan 2014 kepada orang ramai untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun . Pendaftaran boleh dibuat melalui guru Pasti Puan Rajeah atau setiausaha Pasti. Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad.

3. Anda yang dahagakan ilmu agama boleh bersama-sama kami di Pusat tarbiah PAS Caw. Chabau di Sempang Bekoh pada hari-hari kulaih yang ditetapkan. Antara ilmu-ilmu yang  boleh dipelajari iaitu ilmu hadith/AlQuran,Tauhid,fekah,serta tasauf. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan beramal kerana Allah

 

Dapatkan Maklumat Di Sini 2

LAMAN PILIHAN PASCHABAU.NET

teamdsyifajasin.blogspot.com

PEMIMPIN KAMI

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/


Copyright © 2017 . Hakcipta Terpelihara.
Joomla! ia adalah Perisian Percuma di bawah GNU/GPL License.