Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

 


Jom Undi
ADAKAH PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG DLAM PRU 13 AKAN DATANG ?
 
Daftar Masuk



Pengunjung Online sekarang
Kami ada 32 tetamu online
Pengunjung Sejak 2009
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday450
mod_vvisit_counterYesterday794
mod_vvisit_counterThis week450
mod_vvisit_counterLast week6021
mod_vvisit_counterThis month16757
mod_vvisit_counterLast month23692
mod_vvisit_counterAll411569

Online (20 minutes ago): 10
Your IP: 38.107.179.237
,
Now is: 2012-05-20 11:31
Demi Masa
Info PAS Chabau

 

"Ya Allah, kami diserang, dihimpit dari segenap penjuru dalam menegakkan agamaMu, sesungguhnya kami tak terdaya. Maka kami berserah padaMu untuk bantu kami menegakkan agamaMu

 

live KULIAH TOK GURU DARI DATARAN ILMU KOTA BAHARU

Portal paschabau.net ada menyediakan cara mengira zakat samada zakat pendapatan,perniagaan,emas dan sebagainya. Anda boleh mengira zakat yang sepatutnya dikeluarkan dengan menggunakan kaedah mengira zakat pada pautan kami. Sila klick dan anda masukkan maklumat yang anda ada dan dapatkan jumlah zakat yang harus dibayar. Hubungi adminstrator paschabau.net atau Tn Hj Nordin  012-6270843 sekiranya anda tidak tahu kepada siapa anda hendak  berzakat.

 SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT

 
 
bn.jpg - 2.04 Kb\

JANGAN PANDANG-PANDANG
JANGAN PANDANG BN  !! 

IKLAN PEMASANGAN ALUMINIUM

 KERJA-KERJA ALUMINIUM KERJA-KERJA ALUMINIUM

Syarikat Hafiz Bersaudara ada menyediakan perkhidmatan pemasangan aluminium seperti tingkap,pintu,kabinet dapur dan lain-lain. Anda boleh hubungi Hafiz/Faizal di talian 012-6897451 Kg Chin Chin  77000 Jasin Melaka. 

Kira Zakat Pendapatan
Info Ringkas
KIBARKAN BENDERA
Ahad, 13 September 2009

KIBARKAN BENDERA PAS DI RUMAH ANDA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


APA DAH JADI
Ahad, 13 September 2009

 

 

 


KERAJAAN BARU
Isnin, 14 September 2009

Kerajaan Baru Impian Baru...


UMNO PARTI RASUAH
Selasa, 17 Mei 2011

UMNO SEBUAH PARTI RASUAH


PENCACAI MELAYU
Selasa, 17 Mei 2011

JAWAPAN UNTUK PENCACAI DAN PELAMPAU MELAYU


BOIKOT PELAWAK
Selasa, 17 Mei 2011

BOIKOT PELAWAK DENGAN LAWAK BODOH MEREKA


SELAMAT HARI GURU
Selasa, 17 Mei 2011
SELAMAT HARI GURU

UNDILAH DENGAN BETUL
Rabu, 18 Mei 2011

UNDILAH DENGAN BETUL


pakatan rakyat
Ahad, 03 Julai 2011

Jawapan utk pihak yg masih pertikai kerjasama antara PAS & DAP


Info Ringkas

  • Jawapan utk pihak yg masih pertikai kerjasama antara PAS & DAP

  • UNDILAH DENGAN BETUL

  • SELAMAT HARI GURU
  • BOIKOT PELAWAK DENGAN LAWAK BODOH MEREKA

  • JAWAPAN UNTUK PENCACAI DAN PELAMPAU MELAYU

  • UMNO SEBUAH PARTI RASUAH

  • Kerajaan Baru Impian Baru...

  •  

     

     

  • KIBARKAN BENDERA PAS DI RUMAH ANDA

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

BELAH AJELAH....BUAT APA TUNGGU DALAM UMNO LAGI !!

KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini berlaku suatu fenomena menarik di mana bukan sahaja ahli dan pemimpin Umno malah golongan cerdik pandai juga mula tidak percaya kepada Umno.

Terbaru kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Akan datang ini pula bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau dijangka akan menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS pada satu majlis di Batu Kurau, Perak malam esok.

Baca Lagi...

 

TAK LARAT NAK BACA PENGKHIANATAN UMNO/BN...TAPI JADI BAHAN HUJAH

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 19 Mei 2012 08:28)

Baca Lagi...

 

ALFATEHAH UNTUK AYAHNDA CIKGU AZRIN MAJID

MAKLUMAN:

AYAHNDA KEPADA CIKGU AZRIN MAJID  NYDP PAS KAWASAN JASIN YANG JUGA BEKAS PENGARAH PASTI PUSAT TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PAGI TADI DI KAMPUNG KELUBI JASIN.

JENAZAH AKAN DIKEBUMIKAN SEBELUM SOLAT ZOHOR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KG KELUBI HARI INI.

SEMOGA ROH AYAHNDA BELIAU DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AL FATEHAH.

 

"Anggap PAS ISLAM boleh MURTAD" Kenyataan samdol berita hairan !

 

Ini orang meroyan mana plak buat statement bingai neh. Alamak aii. Orang alim rupanya. Orang yang reti ilmu agama. Aku ingat budak2 sekolah rendah ke apa ke. Rupanya orang hebat. Kenapa orang sebegini hebat boleh buat kenyataan sebegini bodoh ek?
Lihat kat bawah der ;

Kalau dibaca betul2 kenyataan dalam paper neh jelas dia berangapan penyokong2 PAS sebagai BODOH BEBAL BAHLOL BANGANG dan seangkatan dengan nya. Aku tak faham dari mana dia dapat persepsi sebegitu tapi aku sangat2 percaya bahawa penyokong2 dan ahli2 pas sangat faham bahawa ;
1. PAS ialah parti.
2. ISLAM ialah agama.
3. Tiada sesiapa pun beranggapan bahawa PAS = ISLAM.
4. Sebaliknya ramai orang nampak bahawa PAS memperjuangkan ISLAM.
Itulah yang ditunjukkan oleh pemimpin2 PAS selama neh sebab tue lah persepsi seperti itu wujud. Ia bukan kerja sehari dua. Dah makan tahun. Bila dah selalu nampak maka orang akan faham larh bahawa ooo pas neh parti politik yang berjuang ikut acuan islam. Itu jek.
Aku rasa individu yang bernama zainal abidin neh kan, better ko muhasabah diri ko sebelum pongpang2 pasal islam. Alasan untuk melarang pas menggunakan nama ISLAM juga tidak relevant langsung. Ko sapa yang suka2 nak kata orang tue layak guna nama islam dan orang neh tak layak guna nama islam? Malaysia yang penuh dengan maksiat pun bangga2 mengakui diri ia sebagai negara islam lagi.
Bukanlah malaysia yang mengaku tapi pemimpin2 malaysia yang mengaku. Padahal maksiat bersepah kiri kanan. Dengan kasino, hub hiburan malam, pusat disko, hiburan tanpa had macam2 adoo woo tapi tak pernah pula ko larang pemimpin2 ko supaya jangan suka2 nak mengatakan malaysia tue negara islam. Ada ka negara islam yang menghalalkan riba ke atas rakyatnya sendiri melalui PTPTN?
Pelik aku.
Benda yang dah terang2 melanggar ciri2 islam tue takde sapa2 pun nak bangkit komplain marah dan sebagainya. Benda yang orang kata alah sekadar sokong bersih 3 dan kebetulannya pada hari itu timbul provokasi yang mana PAS sendiri pun tak sokong kepada keganasan tersebut dan2 nak cakap ini bukan cara islam dan wajar pas dilucutkan keahlian "ISLAM" nya pada nama nya. Adil ka? Adil ka berbuat demikian? Payahlah bercakap dengan orang sewel macam neh. Memang payah.



 

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 19 Mei 2012 07:13)

 

KENYATAAN TN GURU NIK AZIZ BERKAITAN MUZAKARAH,MUHAIDIN JANGAN BELIT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."

 


Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am PAS. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian. Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut :

 

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata, “Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.."Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut :

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50

dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html

 

2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan BERNAMA juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan BERNAMA di pautan berikut boleh dirujuk :

http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

 

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan :

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut

 

Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara PAS-UMNO. Di dalam isu penyatuan PAS-UMNO, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihanraya. Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut : http://malaysiakini.com/news/198296

 

Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama PAS membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!

 

Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu, "Adakah PAS sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.." Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS yang memberikan respon ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa PAS telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respon Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)

 

Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.

 

Ahmad Fadhli bin Shaari,

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 18 Mei 2012

 

BN BERSELOGAN,PAKATAN RAKYAT LAKSANAKAN

18 MEI — Slogan-slogan politik bercambah-cambah dan slogan-slogan itu bertukar apabila bertukar kepimpinan sehinggakan kita sudah kenyang dengan slogan-slogan itu. Slogan selalunya diperkenalkan oleh seseorang pemimpin itu untuk membezakan “brand” kepimpinan masing-masing. Selalunya ia akan diwar-warkan yang dibawah pimpinannya keadaan itu berbeza dari keadaan yang lazim dialami rakyat dizaman kepimpinan sebelumnya.

Berslogan mula bercambah sejak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sahaja. Apabila Mahathir mengambil alih rakyat telah cuba di dakyahkan sebagai zaman yang amat berbeza dengan pimpinan sebelum beliau. Gandingan beliau dengan Musa Hitam digambarkan sebagai pimpinan yang sangat berbeza dengan kepimpinan sebelumnya kerana bermula dari beliau zaman itu bermulalah zaman kepimpinan negara diterajui oleh orang biasa. Maka pimpinan itu telah dipanggil sebagai kepimpinan 2M (Mahathir-Musa)

Baca Lagi...

 

KENALI KASUT,TALI PINGGANG ,BEG TANAGAN KITA...

 

 

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi.Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain.

Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.

 

Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan.Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti.

Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga.Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi.Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan.Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.3 titik tompokan itu seperti gambar di bawah adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk.Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga.

Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.Bagaimana dengan anda?Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya?Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang.InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya..Sebar2kanlah maklumat ini kepada sahabat2 yang lain...

 

Terakhir dikemaskini (Jumaat, 18 Mei 2012 15:02)

 

DAH TERDESAK BETUL UMNO,AJAK PAS MUZAKARAH....PAS KATA ANY TIME !!

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkenaan pelawaan bermuzakarah antara Umno dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula.

 

 

“Ini kerana Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah mereka serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

 

Katanya, DPPM menganggap pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

 

Menurutnya, mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

 

Hakikatnya, kata beliau umum telah memahami sepak terajang politik sedemikian dan tindakan ini hanya menambah kekuatan sokongan terhadap PAS.

 

Justeru, ujarnya DPPM merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk.

 

“PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS sebagai ‘bapa kafir’.

 

“Dalam keadaan demikian tidak sekelumit pun PAS dibenarkan membela diri untuk menjawab tohmahan liar tersebut,” ujarnya.

 

Katanya lagi, agak menghairankan parti yang dituduh sesat, jumud dan lemah diajak berbincang pula.

 

“DPPM menegaskan bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara,” ujarnya.

 

Tegasnya, PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun.

 

Beliau berkaya, yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut.

 

Jelasnya, PAS tidak mahu ianya dibuat secara tertutup kerana ia menghalang maklumat daripada pengetahuan rakyat.

 

Malah, ujarnya PAS secara konsisten mengajak Umno untuk berdebat dalam pelbagai isu termasuk politik dan pembangunan negara.

 

Beliau menegaskan lagi, PAS bersedia menawarkan pemimpin-pemimpin kanan untuk bermuzakarah dengan mana-mana pemimpin tertinggi Umno.

 

Selain itu, ujarnya DPPM juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu.

 

Ganti Majlis Peguam gimik Umno - Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Umno-BN makin terdesak apabila membangkitkan isu penubuhan akademi undang-undang bagi menggantikan Majlis Peguam yang mencetuskan pandangan tidak menyebelahi mereka mengenai Perhimpunan Aman Bersih 3.0.

 

 

Tegas pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari, isu ini telah banyak kali dibangkitkan tetapi ia hanya menjadi gimik Umno sahaja.

 

"Mereka melihat badan seperti itu hanya sebagai satu lagi institusi untuk menempatkan para pengampu dan kroni Umno sama seperti kebanyakan agensi termasuk universiti dan IPTA", ujarnya.

 

Apa pun, tambah Aziz, institusi seperti akademi undang-undang mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu yang berbeza dengan fungsi Majlis Peguam.

 

"Majlis Peguam, sama seperti MMA dalam konteks doktor perubatan atau Lembaga Arkitek mempunyai peranan dan kuasa memantau profesyen berkenaan," katanya.

 

Beliau berasa hairan mengapa menteri-menteri Umno, termasuk yang berkelayakan sebagai peguam, boleh mengarut dan setuju dengan cadangan menubuhkan majlis peguam yang baru.

 

"Mungkin itu sebabnya mengapa menteri-menteri Umno yang berkelayakan sebagai peguam sering merepek dan bercakap tidak berdasarkan undang-undang," ujarnya sinis.

 

Bagi beliau, tidak perlu ada Majlis Peguam yang baru hanya kerana Umno-BN tidak senang dengan yang ada sekarang kerana isu ini bukan perkara baru.

 

"Ia telah berulang kali dibangkitkan oleh Umno, khususnya apabila Majlis Peguam mengambil pendirian yang tidak mereka sukai.

 

"Tetapi nanti apabila majlis mengeluarkan pendapat yang Umno suka parti itu akan berdiam diri dan isu itu akan mati begitu sahaja," tambah mantan profesor undang-undang UIAM itu.

 

Aziz berkata, Majlis Peguam bukanlah Badan Bukan Kerajaan atau NGO, sebaliknya, jelas beliau, ia adalah sebuah badan berkanun yang diwujudkan melalui akta parlimen.

 
PAS CHABAU MAJU !

 

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah
Warung Hashim Online
Dapatkan Maklumat Di Sini

DAPATKAN MAKLUMAT DARI TEAM DARUSSYIFA JASIN

http://teamdsyifajasin.blogspot.com/

http://www.selangorku.com/

Harakah Daily

Al Banjari
A L- H U S S E Y N
A.M.K.NS.
Anak Sungai Derhaka
Bicara Khairul Faizi
Bloglist TKO
Budak Balun
Cenangau
Cina Islam
GreenBoc
Go Malaysia
Ibnu Hasyim
Ikut Suka Aku
Kamarudin Sidek
Kalam Perantau
Kerabu Bersuara
Kopitiam Bang Nan
Lanh14
Malaysia Waves
Merah Tinta
Milo Suam
Minda Lutfi
MutaLigat
Perisik Rakyat
Roslan SMS Corner
SharpShooter
Tukar Tiub
Ust. Saiful Bahri
Warta Maya

Buletin Online

Detik Daily

Free Malaysia Today
Gegar Kelantan
Harakah Daily
Kedah Lanie
KLpos
Laman M@rhean
Mahasiswa Kini
Malaysia Digest
Malaysia Insider
Malaysia Kini
Malaysia Kini (BM)
Malaysia Today
Merdeka Review (BM)
Minda Rakyat
NewsKini
Pahang Kini
Roket Kini
Sabahdaily
Selatan Online
Siasah
TranungKite Online
TVS News
Utara Online

Aktiviti PAS Cawangan Chabau

1. KULIAH MAGHRIB US RAZALI JAMEL ALHAFIZ(SELASA MLM RABU)

2. KULIAH MAGHRIB UST MAZLAN ( MALAM SELASA)

3. USRAH CAWANGAN (2 MNGGU SEKALI)

 

Ahad

Minggu 1 - Ust Md Nawi -Ibn Hajar

Minggu 2 - Ust Faisol (Fikh Sirah

Minggu 3 - Ust Md Nawi - ibn Hajar

Minggu 4- Ust Hazali(Akidah Muslim)

Isnin

Minggu1- Ust Sopian (Usul 20)

Minggu2 - Ust Sopian(Usul 20)

Minggu3- Ust Sopian(Usul 20)

Minggu 4- Ust Jalal(mustika Hadith)

SELASA

Minggu2 - Ust Zulkifli (hadith)

Minggu 4 - Ust Zulkifli (hadith)

RABU

Minggu 1 - Ust Marwan

(apa Ertinya Saya Menganut Islam)

KHAMIS

Minggu 1 - Ust Kamarudin Sedik

Minggu 2- Ust kamarudin Sedik

Minggu 3- Ust Kamarudin Sedik

(Fekah Imam Shafie)

Kuliah Bulanan berkala  - Ust Idris Ahmad dan Ust Kamal Asshari  ( Akan dimaklumkan )

Muslimin dan muslimat dijempt hadir. Tambahkan ilmu dan semarakkan perjuangan.

 

SILA SEMAK DAFTAR PEMILIH ANDA DI SINI

PEMIMPIN KAMI

aa 2.jpg - 13.88 Kb aa 3.jpg - 13.91 Kb

Hj Hashim   En.Sukicha

aa 5.jpg - 14.69 Kb aa 4.jpg - 14.44 Kb

 

aa 1.jpg - 26.34 Kb

 

BUKU JINGGA( SILA KLIK) 100 HARI PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA

bolehlah memuat turunnya di sini.